Friday 12 February 2016

Aktiviti Bulan Januari

Gong Xi Gong Xi...Selamat Tahun Baharu Cina diucapkan kepada yang meraikannya.Sekolah akan ditutup dari 6 hingga 14 Februari sempena dengan perayaan ini.Semoga murid-murid SKKB1 dapat memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan aktiviti yang berfaedah.Jangan lupa siapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru ok...


Berikut adalah antara aktiviti yang telah berjalan di SKKB1 pada bulan Januari yang lepas

Hari pertama persekolahan - 4.1.2016


Hari Tautan Kasih Tahun Enam 2016 - 9.1.2016


Majlis perpisahan GPK Kokurikulum Pn Rasida - 8.1.2016 (bertukar ke SK Serendah sebagai GPK HEM)

Majlis perpisahan En.Mugani yang ditugaskan ke PPD Hulu Selangor sebagai Pegawai Fasilinus Matematik -12.1.2016
Kejohanan Merentas Desa - 22.1.2016



Thursday 14 January 2016

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2016 yang indah.
Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak didik dan selamat kembali bertugas untuk semua warga pendidik SK KKB1.
Semoga kita akan sentiasa cemerlang,gemilang dan terbilang di tahun 2016

Pembuka tirai untuk aktiviti di SK KKB1 dimulakan dengan Hari Orientasi Tahun Satu dan Pra Sekolah pada 31 Disember yang lepas.


Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi

Taklimat bersama ibu bapa di dewan Ibnu Sina

Ucapan daripada guru besar, Pn.Norashikin


Melawat kelas

Menjawab ujian diagnostik di dalam kelas




Belajar membeli makanan di kantin sekolah..satu pengalaman baru..

Seramai 56 murid tahun satu dan 46 murid pra sekolah telah mendaftar di SK KKB1 pada tahun ini.Tahniah dan selamat menimba ilmu kepada semua murid-murid.Belajar rajin-rajin ye..