Saturday 27 July 2013

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SELANGOR

                 Pada 27 Jun 2013Sekolah kebangsaan kuala kubu bharu satu telah diberi kepercayaan  mengajurkan satu karnival bahasa melayu peringkat negeri .Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan bercerita,berpiato dan bersajak .Saingan amat Tinggi  di antara sekolah seluruh negeri selangor.Semua yang bertanding mempunyai bakat tersediri.









Wednesday 17 July 2013

ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN 2012

Pada 20 Mac 2013, SK Kuala Kubu Bharu satu telah dianugerahkan Tawaran Baru kepada Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan atas pencapaian yang melabihi SKOR KOMPOSIT 84% dan berjaya melonjakkan sekolah melebihi 2050 kedudukan dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan bagi melayakkan sekolah ini menerima ganjaran Bai’ah 2012.

Pada tahun 2011 SK Kuala Kubu Bharu Satu telah mencapai SKPM keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada kedudukan 4463 daripada 7674 buah  sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2012 pencapaian kedudukan SKPM Ujian Penilaian sekolah Rendah telah melonjak meningkat sebanyak 1979 daripada 7696 buah sekolah seluruh Malaysia. Lonjakan kedudukan ini melebihi sasaran 2050 yang telah ditetapkan oleh KPM. Lonjakan kedudukan sebanyak 2484 daripada kedudukan prestasi sebelum ini telah melayakkan SK Kuala Kubu Bharu Satu dicalonkan untuk mendapat Anugerah Tawaran Baru di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA).


Pada 21 Januari 2013 SK Kuala Kubu Bharu telah dikunjungi oleh 3 orang Jemaah Nazir untuk pemantauan bagi percalonan Bai'ah 2012, iaitu Encik Hamdi bt Hj Said iaitu Timbalan Ketua Nazir Perlis, Haji Zolkafli bin Tahir  iaitu Penolong Pengarah Kanan Sektor Jaminan kualiti JPS dan Encik Yusoff bin Ismail JNJK Selangor. Pada hari tersebut semua guru telah bersiap sedia dengan dokumentasi dan bahan-bahan untuk pemantauan yang dijalankan. Selain itu, ada sebilangan guru turut di "Observe" di dalam kelas termasuk Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin Bt Hj Md Adnan. Turut menjadi pemerhatian Jemaah Nazir adalah Buku Rekod P&P guru-guru, Keceriaan Sekolah, Komunikasi antara guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja swasta, murid dan juga pekerja kantin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan segala teguran dan nasihat akan diperbaiki oleh Warga SK Kuala Kubu Bharu Satu. 

USAHA KECEMERLANGAN

Diantara usaha warga SK Kuala Kubu Bharu Satu sehingga berjaya mendapat anugerah Bai’ah dengan melonjakkan kedudukan prestasi pencapaian peperiksaan Am UPSR ialah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Program-program yang dijalankan ialah program Kelas “I See U”, yang diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 7.40 pagi, Program Kelas “I See U Too” yang diadakan setiap hari Rabu jam 3 petang hingga 4 petang, Program Klinik Pakar pada setiap hari Rabu dan khamis jam 1 petang hingga 1.30 petang dan Program Kelas Usaha Murni yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Selain daripada program-program peningkatan prestasi dijalankan pihak pengurusan sekolah juga telah membangunkan Key Performance Indicator (KPI), iaitu salah satu usaha untuk melonjakkan prestasi kedudukan SKPM. Melalui KPI yang telah dibangunkan dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama yang  akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada sekolah. KPI yang telah dibangunkan ialah UPSR, Unit HEM, Unit Kurikulum, pengurusan pejabat, kewangan, sumber manusia, persekitaran dan fizikal, dan juga perhubungan luar atau jaringan dan jalinan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan dengan pengukuran secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu Satu, terutama sekali Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan peneraju kearah peningkatan prestasi sekolah ke tahap yang membanggakan. Pentadbiran, kepimpinan dan perancangan strategik yang kukuh menjadi tunggak utama sekolah ini berjaya melonjakkan kejayaan dan dianugerahkan Tawaran Baru (Bai’ah) 2012. Anugerah Bai’ah yang diterima menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu Satu untuk terus menuju kearah kecemerlangan.




Saturday 6 July 2013

SUKAN TAHUNAN KALI KE 61 TAHUN 2013

             Pada 6 Julai 2013 telah diadakan Sukan Tahunan di Padang Sekolah Kebangsaan kuala kubu bharu satu semua guru dan murid-murid terlibat dalam majlis tersebut turut memeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa yang turut sama member sokongan pada majlis tersebut.majlis ini dirasmikan oleh Pn Norel Azmi