Wednesday 15 May 2013

DOKUMENTASI KELAB BORIA

Kumpulan Boria SK KKB Satu mula ditubuhkan rentetan daripada Program Pertandingan KESEJADAH (KesenianJauhiDadah ).Program Pertandingan KESEJADAH  ini merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran  Malaysia  yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahu pun kebangsaan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang lainnya.Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti – aktiviti persembahan karya kreatif murid- murid di samping elemen- elemen lain seperti motivasi dan aktiviti- aktiviti interaktif di tapak – tapak pameran dan sebagainya.Disampingitu , ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang  ramai melalui pelbagai strategi  media.