Friday 14 July 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Program : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017
Tarikh      : 7.7.2017
Hari        : Jumaat
Masa      : 9.00 pagi -12.00 tengah hari
Tempat   : Dewan Ibnu Sina SK Kuala Kubu Bharu Satu
                Dataran Al Khawarizmi  SK Kuala Kubu Bharu Satu
Aktiviti    : Jamuan makan
                 Pertandingan karaoke lagu raya
                 Pertandingan raya tercantik murid dan guru
Kehadiran : Murid-murid,guu & staf serta AJK PIBG







* Sila klik fb sekolah untuk melihat lebih banyak gambar*



Friday 12 February 2016

Aktiviti Bulan Januari

Gong Xi Gong Xi...Selamat Tahun Baharu Cina diucapkan kepada yang meraikannya.Sekolah akan ditutup dari 6 hingga 14 Februari sempena dengan perayaan ini.Semoga murid-murid SKKB1 dapat memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan aktiviti yang berfaedah.Jangan lupa siapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru ok...


Berikut adalah antara aktiviti yang telah berjalan di SKKB1 pada bulan Januari yang lepas

Hari pertama persekolahan - 4.1.2016


Hari Tautan Kasih Tahun Enam 2016 - 9.1.2016


Majlis perpisahan GPK Kokurikulum Pn Rasida - 8.1.2016 (bertukar ke SK Serendah sebagai GPK HEM)

Majlis perpisahan En.Mugani yang ditugaskan ke PPD Hulu Selangor sebagai Pegawai Fasilinus Matematik -12.1.2016
Kejohanan Merentas Desa - 22.1.2016



Thursday 14 January 2016

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2016 yang indah.
Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak didik dan selamat kembali bertugas untuk semua warga pendidik SK KKB1.
Semoga kita akan sentiasa cemerlang,gemilang dan terbilang di tahun 2016

Pembuka tirai untuk aktiviti di SK KKB1 dimulakan dengan Hari Orientasi Tahun Satu dan Pra Sekolah pada 31 Disember yang lepas.


Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi

Taklimat bersama ibu bapa di dewan Ibnu Sina

Ucapan daripada guru besar, Pn.Norashikin


Melawat kelas

Menjawab ujian diagnostik di dalam kelas




Belajar membeli makanan di kantin sekolah..satu pengalaman baru..

Seramai 56 murid tahun satu dan 46 murid pra sekolah telah mendaftar di SK KKB1 pada tahun ini.Tahniah dan selamat menimba ilmu kepada semua murid-murid.Belajar rajin-rajin ye..


Monday 19 January 2015

MAJLIS TAUTAN KASIH TAHUN 6 2015

Pada  17 Januari 2015 - Satu Majlis Tautan kasih telah diadakan di Dewan SK Kuala kubu bharu satu untuk perbincangan bersama Ibubapa Tahun 6 bagi meningkatkan pencapaian UPSR SK kuala kubu bharu satu pada tahun  ini.Semoga UPSR tahun 2015 akan mencapai keputusan yang cemerlang.













BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

Salam sejahtera semua..

banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2015 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah .

Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...

Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..








Sunday 11 January 2015

Hari Orientasi tahun 1 dan pra sekolah 2015

Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaa transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi tersebut. Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.

Sementara murid-murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar ucapan Guru Besar dan beberapa taklimat di Dewan ibnu sina  berkenaan dengan isiplin Murid yang disampaikan oleh Puan Nor ashikin bt md adnan, .

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung