Thursday 14 November 2013

Tahniah atas keputusan cemerlang UPSR 2013

tahniah semua warga SK KUALA KUBU BHARU SATU atas kejayaan 10 orang murid memperolehi 5A dalam upsr 2013.diharapkan kejayaan kecemerlangan keputusan ini kekal dan terus meningkat untuk masa akan datang ....amin......

                     Yeeeeeeee kami berjaya ........ 5A dalam genggaman kami....terima kasih cikgu !!!!!!!!


                         senyum melebar cikgu-cikgu atas kejayaan murid-murid nye......senyum sampai ketelinga




TAHNIAH SEMUA ATAS KEJAYAAN KALIAN 

Friday 8 November 2013

Sambutan Awal Muharam

    Pada 6 november telah diadakan Sambutan Awal Muharam.pada majlis tersebut murid-murid telah dihidangkan nasi minyak makan dalam satu dulang untuk makan ramai-ramai .program ini bertujuan untuk memupuk sifat kekeluargaan antara kami satu sekolah.Disamping itu jugak di adakan sekali majlis membuat bubur asyura yang menjadi program tahunan sekolah ini.murid-murid dibekalkan sorang 1 bekas bubur lambuk untuk dibawak pulang.guru-guru berkerjasama dengan persatuan ibubapa untuk menjayakan program ini.diharapkan program ini dapat dilaksanakan tahun depan .amin

                                  anak -anak teruna sk kkb1 mkn dlm dewan nampak macam sedap je ......


 Ini dia hidangannya. Jemput mkn ye...



                        cikgu-cikgu pun tidak melepaskan peluang untuk memcuba hidangan tersebut


                                                  Wah..meriahnya... kalau hari2 mcm ni kn best.


Mrd2 moral pun dpt set nasi minyak...tq Pn. Dely

Tuesday 22 October 2013

KEJAYAAN NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

           Salah Seorang Murid sekolah kebangsaan kuala kubu bharu satu telah terpilih mewakili selangor dalam Program Nilam Peringkat kebangsaan dalam  Kategori Bahasa Inggeris.Murid tersebut adalah ALDEN MICHAEL STA MARIA .Program ini adalah untuk Membina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

GURU PEMBIMBING
            4.1       Pn. Zuraida bt. Zakaria – Guru Perpustakaan dan Media
            4.2       Pn. Anizah bt. Latif – Guru Penyelaras Bestari
            4.3       Pn. Hariani bt. Mohd Hamdan – Ketua Panitia Bahasa Inggeris
            4.4       Pn. Noorhayati bt. Abd Aziz – Ketua Panitia Bahasa Malaysia

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN
            6.1       Peringkat Sekolah                  - Tokoh NILAM 2012
            6.2       Peringkat Daerah                    - Mewakili Daerah Hulu Selangor ke Pemilihan                                                                                                Tokoh NILAM Peringkat Negeri Selangor 2012
6.3       Peringkat Negeri                    - Kem NILAM Peringkat Negeri Selangor 2012
6.4       Peringkat Kebangsaan           -  Pemilihan Tokoh NILAM (Kategori Bahasa Inggeris)                                                                                           Peringkat Kebangsaan 2013

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM










KEJAYAAN CAKLEMPONG

Caklempong Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu Satudengannamapanggilan ‘ GemaSenada‘ telahditubuhkanpadabulan Jun 1999  atas inisiatif Puan Faezah Teh Bt Abdullah mantan guru besarpadaketikaitusetelahmendapatsumbanganpembelianalatandaripadaAhli Parlimen Hulu Selangor iaitu YB G.Palanivel.

                Di awal penubuhan, kumpulaini telah mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, TanjungMalim

GURU PEMBIMBING 

Kumpulan ini telah dibimbing sepenuhnya oleh En. Md Zahari Bin Zakaria seorang Guru Cemerlang pendidikan muzik lepasan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.


SASARAN AHLI

Penyertaan  untuk menjadi pemain dalam kumpulan ini terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan dari tahun 3 hingga 6 tanpa mengira bangsa. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai kebolehan membaca nota si muzik dengan cekap, tidak ‘tone-deaf’ dan berkesungguhan dalam menjalani latihan

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN


 Gema Senada‘ telah banyak membuat persembahan samaada di peringkatdaerah, negeri dan kebangsaan. Antara majlis-majlis di mana kumpulan ini telah mempamerkan persembahan adalah  seperti berikut

  1.  Di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan Dan              Keindahan Alam Sekitar Sekolab Kebangsaan 1999
  2. Tour de Langkawi 2001
  3. Pertandingan Bercerita Antara Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan di Perpustakaan Tun  Uda, Shah Alam
  4. Pesta Pantun Antara Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Selangor
  5. Anugerah Khidmat Cemerlang Bagi Guru-Guru Dan  Staf Sokongan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
  6. Pesta Senirama Sekolah-Sekolah Selangor Darul Eshan Di Genting Internatonal Convention Centre, Genting Highlands  AnugerahEmas Di Pesta Senirama Sekolah-
  7.  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Dan Staf Sokongan Perodua 2007
  8. Majlis Makan Malam Rasmi Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke-7 2008 di International Pearl Hotel, Kuala Lumpur
  9. Program Sambutan Yuri’s Night di Planetarium Negara 2009
  10. Anugerah Khidmat Cemerlang Bagi Kakitangan Majlis Daerah HuluSelangor di Hotel Concorde, Shah Alam
  11. Majlis-Majlis Perkahwinan

 PersembahanCaklempongDi MajlisMakanMalamRasmiPersidanganKebangsaan
Guru Cemerlang Kali Ke-7 di International Pearl Hotel, Kuala Lumpur

 Berehat setelah raptai untuk sambutan program Yuri’s Night di
Planetarium Negara, Kuala Lumpur

 Sedang mengalunkan lagu ‘ EsLilin ‘ bagi mengiringi pegawai dan staff
sokongan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Produa
Di Majlis-MajlisPerkahwinan

Monday 9 September 2013

Majlis Restu Ilmu untuk tahun 6 2013

        selepas 5 tahun 8 bulan telah tibalah masa yang dinanti-nanti di mana pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR .ketika ini rata-rata anak-anak akan menyatakan perasaan debaran gelisah dan tidak yakin.untuk menhadapi peperiksaan keesokkan harinya .selain itu guru menghalalkan segala curahan ilmu selama ini.sama -sama la kita berdoakan agar mereka menjawab dengan tenang pereriksaan itu nanti.AMIN.....

                                     


                                                        


                                                         

                                                         
                                                   

Saturday 27 July 2013

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SELANGOR

                 Pada 27 Jun 2013Sekolah kebangsaan kuala kubu bharu satu telah diberi kepercayaan  mengajurkan satu karnival bahasa melayu peringkat negeri .Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan bercerita,berpiato dan bersajak .Saingan amat Tinggi  di antara sekolah seluruh negeri selangor.Semua yang bertanding mempunyai bakat tersediri.









Wednesday 17 July 2013

ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN 2012

Pada 20 Mac 2013, SK Kuala Kubu Bharu satu telah dianugerahkan Tawaran Baru kepada Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan atas pencapaian yang melabihi SKOR KOMPOSIT 84% dan berjaya melonjakkan sekolah melebihi 2050 kedudukan dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan bagi melayakkan sekolah ini menerima ganjaran Bai’ah 2012.

Pada tahun 2011 SK Kuala Kubu Bharu Satu telah mencapai SKPM keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada kedudukan 4463 daripada 7674 buah  sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2012 pencapaian kedudukan SKPM Ujian Penilaian sekolah Rendah telah melonjak meningkat sebanyak 1979 daripada 7696 buah sekolah seluruh Malaysia. Lonjakan kedudukan ini melebihi sasaran 2050 yang telah ditetapkan oleh KPM. Lonjakan kedudukan sebanyak 2484 daripada kedudukan prestasi sebelum ini telah melayakkan SK Kuala Kubu Bharu Satu dicalonkan untuk mendapat Anugerah Tawaran Baru di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA).


Pada 21 Januari 2013 SK Kuala Kubu Bharu telah dikunjungi oleh 3 orang Jemaah Nazir untuk pemantauan bagi percalonan Bai'ah 2012, iaitu Encik Hamdi bt Hj Said iaitu Timbalan Ketua Nazir Perlis, Haji Zolkafli bin Tahir  iaitu Penolong Pengarah Kanan Sektor Jaminan kualiti JPS dan Encik Yusoff bin Ismail JNJK Selangor. Pada hari tersebut semua guru telah bersiap sedia dengan dokumentasi dan bahan-bahan untuk pemantauan yang dijalankan. Selain itu, ada sebilangan guru turut di "Observe" di dalam kelas termasuk Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin Bt Hj Md Adnan. Turut menjadi pemerhatian Jemaah Nazir adalah Buku Rekod P&P guru-guru, Keceriaan Sekolah, Komunikasi antara guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja swasta, murid dan juga pekerja kantin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan segala teguran dan nasihat akan diperbaiki oleh Warga SK Kuala Kubu Bharu Satu. 

USAHA KECEMERLANGAN

Diantara usaha warga SK Kuala Kubu Bharu Satu sehingga berjaya mendapat anugerah Bai’ah dengan melonjakkan kedudukan prestasi pencapaian peperiksaan Am UPSR ialah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Program-program yang dijalankan ialah program Kelas “I See U”, yang diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 7.40 pagi, Program Kelas “I See U Too” yang diadakan setiap hari Rabu jam 3 petang hingga 4 petang, Program Klinik Pakar pada setiap hari Rabu dan khamis jam 1 petang hingga 1.30 petang dan Program Kelas Usaha Murni yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Selain daripada program-program peningkatan prestasi dijalankan pihak pengurusan sekolah juga telah membangunkan Key Performance Indicator (KPI), iaitu salah satu usaha untuk melonjakkan prestasi kedudukan SKPM. Melalui KPI yang telah dibangunkan dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama yang  akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada sekolah. KPI yang telah dibangunkan ialah UPSR, Unit HEM, Unit Kurikulum, pengurusan pejabat, kewangan, sumber manusia, persekitaran dan fizikal, dan juga perhubungan luar atau jaringan dan jalinan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan dengan pengukuran secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu Satu, terutama sekali Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan peneraju kearah peningkatan prestasi sekolah ke tahap yang membanggakan. Pentadbiran, kepimpinan dan perancangan strategik yang kukuh menjadi tunggak utama sekolah ini berjaya melonjakkan kejayaan dan dianugerahkan Tawaran Baru (Bai’ah) 2012. Anugerah Bai’ah yang diterima menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu Satu untuk terus menuju kearah kecemerlangan.




Saturday 6 July 2013

SUKAN TAHUNAN KALI KE 61 TAHUN 2013

             Pada 6 Julai 2013 telah diadakan Sukan Tahunan di Padang Sekolah Kebangsaan kuala kubu bharu satu semua guru dan murid-murid terlibat dalam majlis tersebut turut memeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa yang turut sama member sokongan pada majlis tersebut.majlis ini dirasmikan oleh Pn Norel Azmi

                                           



Wednesday 15 May 2013

DOKUMENTASI KELAB BORIA

Kumpulan Boria SK KKB Satu mula ditubuhkan rentetan daripada Program Pertandingan KESEJADAH (KesenianJauhiDadah ).Program Pertandingan KESEJADAH  ini merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran  Malaysia  yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahu pun kebangsaan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang lainnya.Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti – aktiviti persembahan karya kreatif murid- murid di samping elemen- elemen lain seperti motivasi dan aktiviti- aktiviti interaktif di tapak – tapak pameran dan sebagainya.Disampingitu , ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang  ramai melalui pelbagai strategi  media.

Tuesday 16 April 2013

DOKUMENTASI KUMPULAN NASYID

Kumpulan nasyid SK KUALA KUBU BHARU SATU telah banyak mengharumkan nama sekolah diatas kejayaan memenangi setiap pertandingan yang disertai.Berkat kerjasama pihak pentadbir,guru,ibubapa dan murid-murid telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.

SEJARAH PENUBUHAN 

Kumpulan nasyid SK KUALA KUBU BHARU SATU ( SRK 1 ) Telah ditubuhkan pada tahun 1990.ketika itu SRK 1 ditadbir oleh mentan guru besarnya iaitu EN  Ramli bin Birin .Sejak itu,, kumpulan ini telah menyertai banyak  pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah peringkat daerah dan menyandang gelaran johan sehinggalah melayakkannya bertanding ke peringkat negeri dan kebangsaan.

GURU PEMBIMBING

Kumpulan nasyid ini telah mendapat bimbingan dari guru cemerlang muzik iaitu En Md Zahari b. Zakaria. Pihak panitia Pendidikan Agama Islam juga membantu dari segi pengurusan.



PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN 





DIANTARA KOLEKSI GAMBAR  NASYID



Tuesday 1 January 2013

ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN 1998


”KEPEMIMPINAN GURU BESAR ,
 PUAN FAIZAH TEH BINTI ABDULLAH
 BERMULA 16 APRIL 1995 HINGGA 10 FEBRUARI 2006  MEMBAWA SERIBU KENANGAN MANIS BERMAKNA BUAT SK KUALA KUBU BHARU SATU
APABILA MENERIMA PENGIKTIRAFAN
 PEMENANG PERTAMA
 ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN
PADA TAHUN 1998

(KATEGORI SEKOLAH LUAR BANDAR)”


     SIJIL ANUGERAH KUALITI  YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA,  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  PADA TAHUN 1998 (KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR) PEMENANG  PERTAMA. 



       SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA  SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR   KERANA DIANUGERAHKAN ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN 1998 (KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR) PEMENANG  PERTAMA.


         SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR KERANA TELAH MENCAPAI  PEMENANG  PERTAMA  ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 1998


         SIJIL PENGURUSAN CEMERLANG TAHUN 2000 DARIPADA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR KERANA TELAH MENCAPAI  JOHAN ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 1998.


GAMBAR KENANGAN


           PUAN FAIZAH TEH  BINTI ABDULLAH (GURU BESAR)  DAN SELURUH WARGA SK KUALA KUBU BHARU SATU TELAH BERSAMA-SAMA MERAIKAN KEJAYAAN SEWAKTU MEMENANGI TEMPAT PERTAMA  ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN PADA TAHUN 1998.

SALINAN
KERATAN AKBAR
BERITA HARIAN/RABU, 26 NOVEMBER 1997


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA
 SK KUALA KUBU BHARU SATU…..SEMOGA TERUS GEMILANG!!!.