Pada 20
Mac 2013, SK Kuala Kubu Bharu satu telah dianugerahkan Tawaran Baru kepada Guru
Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan atas pencapaian yang melabihi SKOR
KOMPOSIT 84% dan berjaya melonjakkan sekolah melebihi 2050 kedudukan dan
memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan bagi melayakkan sekolah ini
menerima ganjaran Bai’ah 2012.
Pada tahun 2011 SK Kuala
Kubu Bharu Satu telah mencapai SKPM keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
pada kedudukan 4463 daripada 7674 buah sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2012
pencapaian kedudukan SKPM Ujian Penilaian sekolah Rendah telah melonjak
meningkat sebanyak 1979 daripada 7696 buah sekolah seluruh Malaysia. Lonjakan
kedudukan ini melebihi sasaran 2050 yang telah ditetapkan oleh KPM. Lonjakan
kedudukan sebanyak 2484 daripada kedudukan prestasi sebelum ini telah melayakkan
SK Kuala Kubu Bharu Satu dicalonkan untuk mendapat Anugerah Tawaran Baru di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA).
Pada 21 Januari
2013 SK Kuala Kubu Bharu telah dikunjungi oleh 3 orang Jemaah Nazir untuk
pemantauan bagi percalonan Bai'ah 2012, iaitu Encik Hamdi bt Hj Said iaitu
Timbalan Ketua Nazir Perlis, Haji Zolkafli bin Tahir iaitu Penolong Pengarah Kanan Sektor Jaminan
kualiti JPS dan Encik Yusoff bin Ismail JNJK Selangor. Pada hari tersebut semua
guru telah bersiap sedia dengan dokumentasi dan bahan-bahan untuk pemantauan
yang dijalankan. Selain itu, ada sebilangan guru turut di "Observe"
di dalam kelas termasuk Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin Bt Hj Md Adnan. Turut
menjadi pemerhatian Jemaah Nazir adalah Buku Rekod P&P guru-guru, Keceriaan
Sekolah, Komunikasi antara guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja
swasta, murid dan juga pekerja kantin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan
lancar dan segala teguran dan nasihat akan diperbaiki oleh Warga SK Kuala Kubu
Bharu Satu.
USAHA KECEMERLANGAN
Diantara
usaha warga SK Kuala Kubu Bharu Satu sehingga berjaya mendapat anugerah Bai’ah
dengan melonjakkan kedudukan prestasi pencapaian peperiksaan Am UPSR ialah sekolah
telah menjalankan beberapa program untuk murid tahun 6 yang akan menduduki
UPSR. Program-program yang dijalankan ialah program Kelas “I See U”, yang
diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 7.40 pagi, Program Kelas “I See U
Too” yang diadakan setiap hari Rabu jam 3 petang hingga 4 petang, Program Klinik
Pakar pada setiap hari Rabu dan khamis jam 1 petang hingga 1.30 petang dan
Program Kelas Usaha Murni yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dari jam 8
pagi hingga 12.30 tengah hari.
Selain
daripada program-program peningkatan prestasi dijalankan pihak pengurusan
sekolah juga telah membangunkan Key Performance Indicator (KPI), iaitu salah satu usaha untuk
melonjakkan prestasi
kedudukan SKPM. Melalui KPI
yang telah dibangunkan dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama
yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada sekolah. KPI yang
telah dibangunkan ialah UPSR, Unit HEM, Unit Kurikulum, pengurusan pejabat,
kewangan, sumber manusia, persekitaran dan fizikal, dan juga perhubungan luar
atau jaringan dan jalinan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi
tercapai seperti yang telah ditetapkan dengan pengukuran secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan
bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan.
Sekalung
penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu
Satu, terutama sekali Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan peneraju
kearah peningkatan prestasi sekolah ke tahap yang membanggakan. Pentadbiran,
kepimpinan dan perancangan strategik yang kukuh menjadi tunggak utama sekolah
ini berjaya melonjakkan kejayaan dan dianugerahkan Tawaran Baru (Bai’ah) 2012. Anugerah
Bai’ah yang diterima menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga SK Kuala
Kubu Bharu Satu untuk terus menuju kearah kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment