TAHNIAH SEMUA ATAS KEJAYAAN KALIAN
JALAN RASATHURAI 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR TEL: 0360641261 KOD SEK:BBB 5021
Thursday, 14 November 2013
Tahniah atas keputusan cemerlang UPSR 2013
tahniah semua warga SK KUALA KUBU BHARU SATU atas kejayaan 10 orang murid memperolehi 5A dalam upsr 2013.diharapkan kejayaan kecemerlangan keputusan ini kekal dan terus meningkat untuk masa akan datang ....amin......
Yeeeeeeee kami berjaya ........ 5A dalam genggaman kami....terima kasih cikgu !!!!!!!!
senyum melebar cikgu-cikgu atas kejayaan murid-murid nye......senyum sampai ketelinga
Friday, 8 November 2013
Sambutan Awal Muharam
Pada 6 november telah diadakan Sambutan Awal Muharam.pada majlis tersebut murid-murid telah dihidangkan nasi minyak makan dalam satu dulang untuk makan ramai-ramai .program ini bertujuan untuk memupuk sifat kekeluargaan antara kami satu sekolah.Disamping itu jugak di adakan sekali majlis membuat bubur asyura yang menjadi program tahunan sekolah ini.murid-murid dibekalkan sorang 1 bekas bubur lambuk untuk dibawak pulang.guru-guru berkerjasama dengan persatuan ibubapa untuk menjayakan program ini.diharapkan program ini dapat dilaksanakan tahun depan .amin
anak -anak teruna sk kkb1 mkn dlm dewan nampak macam sedap je ......
cikgu-cikgu pun tidak melepaskan peluang untuk memcuba hidangan tersebut
Wah..meriahnya... kalau hari2 mcm ni kn best.
anak -anak teruna sk kkb1 mkn dlm dewan nampak macam sedap je ......
Ini dia hidangannya. Jemput mkn ye...
cikgu-cikgu pun tidak melepaskan peluang untuk memcuba hidangan tersebut
Wah..meriahnya... kalau hari2 mcm ni kn best.
Mrd2 moral pun dpt set nasi minyak...tq Pn. Dely
Tuesday, 22 October 2013
KEJAYAAN NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013
Salah Seorang Murid sekolah kebangsaan kuala kubu bharu satu telah terpilih mewakili selangor dalam Program Nilam Peringkat kebangsaan dalam Kategori
Bahasa Inggeris.Murid tersebut adalah ALDEN MICHAEL STA MARIA .Program ini adalah untuk Membina
tabiat membaca di kalangan murid-murid.
GURU PEMBIMBING
4.1 Pn.
Zuraida bt. Zakaria – Guru Perpustakaan dan Media
4.2 Pn.
Anizah bt. Latif – Guru Penyelaras Bestari
4.3 Pn.
Hariani bt. Mohd Hamdan – Ketua Panitia Bahasa Inggeris
4.4 Pn.
Noorhayati bt. Abd Aziz – Ketua Panitia Bahasa Malaysia
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN
6.1 Peringkat Sekolah -
Tokoh NILAM 2012
6.2 Peringkat
Daerah - Mewakili
Daerah Hulu Selangor ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Selangor 2012
6.3 Peringkat Negeri -
Kem NILAM Peringkat Negeri Selangor 2012
6.4 Peringkat Kebangsaan - Pemilihan Tokoh NILAM (Kategori Bahasa Inggeris) Peringkat Kebangsaan 2013
KEJAYAAN CAKLEMPONG
Caklempong Sekolah Kebangsaan Kuala
Kubu Baharu Satudengannamapanggilan ‘ GemaSenada‘ telahditubuhkanpadabulan Jun
1999 atas inisiatif Puan Faezah Teh Bt
Abdullah mantan guru
besarpadaketikaitusetelahmendapatsumbanganpembelianalatandaripadaAhli Parlimen Hulu
Selangor iaitu YB G.Palanivel.
Di awal penubuhan,
kumpulaini telah mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, TanjungMalim
GURU PEMBIMBING
Kumpulan ini telah dibimbing sepenuhnya
oleh En. Md Zahari Bin Zakaria seorang Guru Cemerlang pendidikan muzik lepasan Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
SASARAN AHLI
Penyertaan untuk menjadi pemain dalam kumpulan ini terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan dari tahun 3 hingga 6 tanpa mengira bangsa. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai kebolehan membaca nota si muzik dengan cekap, tidak ‘tone-deaf’ dan berkesungguhan dalam menjalani latihan
Gema Senada‘
telah banyak membuat persembahan samaada di peringkatdaerah, negeri dan kebangsaan.
Antara majlis-majlis di mana kumpulan ini telah mempamerkan persembahan
adalah seperti berikut
- Di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan Dan Keindahan Alam Sekitar Sekolab Kebangsaan 1999
- Tour de Langkawi 2001
- Pertandingan Bercerita Antara Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan di Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam
- Pesta Pantun Antara Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Selangor
- Anugerah Khidmat Cemerlang Bagi Guru-Guru Dan Staf Sokongan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
- Pesta Senirama Sekolah-Sekolah Selangor Darul Eshan Di Genting Internatonal Convention Centre, Genting Highlands AnugerahEmas Di Pesta Senirama Sekolah-
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Dan Staf Sokongan Perodua 2007
- Majlis Makan Malam Rasmi Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke-7 2008 di International Pearl Hotel, Kuala Lumpur
- Program Sambutan Yuri’s Night di Planetarium Negara 2009
- Anugerah Khidmat Cemerlang Bagi Kakitangan Majlis Daerah HuluSelangor di Hotel Concorde, Shah Alam
- Majlis-Majlis Perkahwinan
PersembahanCaklempongDi
MajlisMakanMalamRasmiPersidanganKebangsaan
Guru Cemerlang Kali
Ke-7 di International Pearl Hotel, Kuala Lumpur
Berehat setelah raptai untuk sambutan
program Yuri’s Night di
Planetarium Negara,
Kuala Lumpur
Sedang mengalunkan lagu
‘ EsLilin ‘ bagi mengiringi pegawai dan staff
sokongan di
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Produa
![]() |
Di Majlis-MajlisPerkahwinan |
Monday, 9 September 2013
Majlis Restu Ilmu untuk tahun 6 2013
selepas 5 tahun 8 bulan telah tibalah masa yang dinanti-nanti di mana pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR .ketika ini rata-rata anak-anak akan menyatakan perasaan debaran gelisah dan tidak yakin.untuk menhadapi peperiksaan keesokkan harinya .selain itu guru menghalalkan segala curahan ilmu selama ini.sama -sama la kita berdoakan agar mereka menjawab dengan tenang pereriksaan itu nanti.AMIN.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1jBJOFq9HmvObiNUPHS_e17uXpscXVbGu6Xwoa2g1bAEuNfQvTAs5ldrnLfw_YBmDsrL4omLS1keQ3UjHb_5JCL8iexvLGm82GjPhWtPb1V1KDioytH5_QgB__3_5Frou133H2DXbkDI/s200/20130909_083509.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1235510_605472882836733_1939179403_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1234852_605474542836567_991761043_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1185209_605471486170206_456343689_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1jBJOFq9HmvObiNUPHS_e17uXpscXVbGu6Xwoa2g1bAEuNfQvTAs5ldrnLfw_YBmDsrL4omLS1keQ3UjHb_5JCL8iexvLGm82GjPhWtPb1V1KDioytH5_QgB__3_5Frou133H2DXbkDI/s200/20130909_083509.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1235510_605472882836733_1939179403_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1234852_605474542836567_991761043_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1185209_605471486170206_456343689_n.jpg)
Saturday, 27 July 2013
KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Pada 27 Jun 2013Sekolah kebangsaan kuala kubu bharu satu telah diberi kepercayaan mengajurkan satu karnival bahasa melayu peringkat negeri .Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan bercerita,berpiato dan bersajak .Saingan amat Tinggi di antara sekolah seluruh negeri selangor.Semua yang bertanding mempunyai bakat tersediri.
Wednesday, 17 July 2013
ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN 2012
Pada 20
Mac 2013, SK Kuala Kubu Bharu satu telah dianugerahkan Tawaran Baru kepada Guru
Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan atas pencapaian yang melabihi SKOR
KOMPOSIT 84% dan berjaya melonjakkan sekolah melebihi 2050 kedudukan dan
memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan bagi melayakkan sekolah ini
menerima ganjaran Bai’ah 2012.
Pada tahun 2011 SK Kuala
Kubu Bharu Satu telah mencapai SKPM keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
pada kedudukan 4463 daripada 7674 buah sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2012
pencapaian kedudukan SKPM Ujian Penilaian sekolah Rendah telah melonjak
meningkat sebanyak 1979 daripada 7696 buah sekolah seluruh Malaysia. Lonjakan
kedudukan ini melebihi sasaran 2050 yang telah ditetapkan oleh KPM. Lonjakan
kedudukan sebanyak 2484 daripada kedudukan prestasi sebelum ini telah melayakkan
SK Kuala Kubu Bharu Satu dicalonkan untuk mendapat Anugerah Tawaran Baru di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA).
Pada 21 Januari
2013 SK Kuala Kubu Bharu telah dikunjungi oleh 3 orang Jemaah Nazir untuk
pemantauan bagi percalonan Bai'ah 2012, iaitu Encik Hamdi bt Hj Said iaitu
Timbalan Ketua Nazir Perlis, Haji Zolkafli bin Tahir iaitu Penolong Pengarah Kanan Sektor Jaminan
kualiti JPS dan Encik Yusoff bin Ismail JNJK Selangor. Pada hari tersebut semua
guru telah bersiap sedia dengan dokumentasi dan bahan-bahan untuk pemantauan
yang dijalankan. Selain itu, ada sebilangan guru turut di "Observe"
di dalam kelas termasuk Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin Bt Hj Md Adnan. Turut
menjadi pemerhatian Jemaah Nazir adalah Buku Rekod P&P guru-guru, Keceriaan
Sekolah, Komunikasi antara guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja
swasta, murid dan juga pekerja kantin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan
lancar dan segala teguran dan nasihat akan diperbaiki oleh Warga SK Kuala Kubu
Bharu Satu.
USAHA KECEMERLANGAN
Diantara
usaha warga SK Kuala Kubu Bharu Satu sehingga berjaya mendapat anugerah Bai’ah
dengan melonjakkan kedudukan prestasi pencapaian peperiksaan Am UPSR ialah sekolah
telah menjalankan beberapa program untuk murid tahun 6 yang akan menduduki
UPSR. Program-program yang dijalankan ialah program Kelas “I See U”, yang
diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 7.40 pagi, Program Kelas “I See U
Too” yang diadakan setiap hari Rabu jam 3 petang hingga 4 petang, Program Klinik
Pakar pada setiap hari Rabu dan khamis jam 1 petang hingga 1.30 petang dan
Program Kelas Usaha Murni yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dari jam 8
pagi hingga 12.30 tengah hari.
Selain
daripada program-program peningkatan prestasi dijalankan pihak pengurusan
sekolah juga telah membangunkan Key Performance Indicator (KPI), iaitu salah satu usaha untuk
melonjakkan prestasi
kedudukan SKPM. Melalui KPI
yang telah dibangunkan dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama
yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada sekolah. KPI yang
telah dibangunkan ialah UPSR, Unit HEM, Unit Kurikulum, pengurusan pejabat,
kewangan, sumber manusia, persekitaran dan fizikal, dan juga perhubungan luar
atau jaringan dan jalinan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi
tercapai seperti yang telah ditetapkan dengan pengukuran secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan
bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan.
Sekalung
penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Kuala Kubu Bharu
Satu, terutama sekali Tuan Guru Besar Puan Nor Ashikin bt Hj Md Adnan peneraju
kearah peningkatan prestasi sekolah ke tahap yang membanggakan. Pentadbiran,
kepimpinan dan perancangan strategik yang kukuh menjadi tunggak utama sekolah
ini berjaya melonjakkan kejayaan dan dianugerahkan Tawaran Baru (Bai’ah) 2012. Anugerah
Bai’ah yang diterima menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga SK Kuala
Kubu Bharu Satu untuk terus menuju kearah kecemerlangan.
Saturday, 6 July 2013
SUKAN TAHUNAN KALI KE 61 TAHUN 2013
Pada 6 Julai 2013 telah diadakan Sukan Tahunan di Padang Sekolah Kebangsaan kuala kubu bharu satu semua guru dan murid-murid terlibat dalam majlis tersebut turut memeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa yang turut sama member sokongan pada majlis tersebut.majlis ini dirasmikan oleh Pn Norel Azmi
Wednesday, 15 May 2013
DOKUMENTASI KELAB BORIA
Kumpulan Boria SK KKB Satu mula ditubuhkan rentetan daripada
Program Pertandingan KESEJADAH (KesenianJauhiDadah ).Program Pertandingan
KESEJADAH ini merupakan salah satu
program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahu pun kebangsaan
dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap keburukan dan
bahaya penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang lainnya.Program ini juga bertujuan
untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti – aktiviti persembahan
karya kreatif murid- murid di samping elemen- elemen lain seperti motivasi dan aktiviti-
aktiviti interaktif di tapak – tapak pameran dan sebagainya.Disampingitu , ia juga
bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.
Tuesday, 16 April 2013
DOKUMENTASI KUMPULAN NASYID
Kumpulan nasyid SK KUALA KUBU BHARU SATU telah banyak mengharumkan nama sekolah diatas kejayaan memenangi setiap pertandingan yang disertai.Berkat kerjasama pihak pentadbir,guru,ibubapa dan murid-murid telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.
SEJARAH PENUBUHAN
Kumpulan nasyid SK KUALA KUBU BHARU SATU ( SRK 1 ) Telah ditubuhkan pada tahun 1990.ketika itu SRK 1 ditadbir oleh mentan guru besarnya iaitu EN Ramli bin Birin .Sejak itu,, kumpulan ini telah menyertai banyak pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah peringkat daerah dan menyandang gelaran johan sehinggalah melayakkannya bertanding ke peringkat negeri dan kebangsaan.
GURU PEMBIMBING
SEJARAH PENUBUHAN
Kumpulan nasyid SK KUALA KUBU BHARU SATU ( SRK 1 ) Telah ditubuhkan pada tahun 1990.ketika itu SRK 1 ditadbir oleh mentan guru besarnya iaitu EN Ramli bin Birin .Sejak itu,, kumpulan ini telah menyertai banyak pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah peringkat daerah dan menyandang gelaran johan sehinggalah melayakkannya bertanding ke peringkat negeri dan kebangsaan.
GURU PEMBIMBING
Kumpulan nasyid ini telah mendapat bimbingan dari guru
cemerlang muzik iaitu En Md Zahari b. Zakaria. Pihak panitia Pendidikan Agama
Islam juga membantu dari segi pengurusan.
Tuesday, 1 January 2013
ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN 1998
”KEPEMIMPINAN GURU BESAR ,
PUAN FAIZAH TEH
BINTI ABDULLAH
BERMULA 16 APRIL
1995 HINGGA 10 FEBRUARI 2006 MEMBAWA
SERIBU KENANGAN MANIS BERMAKNA BUAT SK KUALA KUBU BHARU SATU
APABILA MENERIMA PENGIKTIRAFAN
PEMENANG PERTAMA
ANUGERAH KUALITI
MENTERI PENDIDIKAN
PADA TAHUN 1998
(KATEGORI SEKOLAH LUAR BANDAR)”
SIJIL ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN DARIPADA
YANG BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, MENTERI
PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA PADA TAHUN 1998 (KATEGORI SEKOLAH
RENDAH LUAR BANDAR) PEMENANG PERTAMA.
SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SELANGOR KERANA DIANUGERAHKAN
ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN 1998 (KATEGORI SEKOLAH
RENDAH LUAR BANDAR) PEMENANG PERTAMA.
SIJIL PENGHARGAAN
DARIPADA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
SELANGOR KERANA TELAH MENCAPAI PEMENANG PERTAMA ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI
PENDIDIKAN TAHUN 1998
SIJIL PENGURUSAN CEMERLANG TAHUN 2000
DARIPADA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR KERANA TELAH MENCAPAI JOHAN ANUGERAH KUALITI YANG BERHORMAT MENTERI
PENDIDIKAN TAHUN 1998.
GAMBAR
KENANGAN
PUAN FAIZAH TEH
BINTI ABDULLAH (GURU BESAR) DAN
SELURUH WARGA SK KUALA KUBU BHARU SATU TELAH BERSAMA-SAMA MERAIKAN KEJAYAAN
SEWAKTU MEMENANGI TEMPAT PERTAMA ANUGERAH KUALITI MENTERI PENDIDIKAN PADA TAHUN
1998.
SALINAN
KERATAN
AKBAR
BERITA HARIAN/RABU, 26 NOVEMBER 1997
TAHNIAH
DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA
SK KUALA KUBU BHARU SATU…..SEMOGA TERUS
GEMILANG!!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)