JALAN RASATHURAI 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR TEL: 0360641261 KOD SEK:BBB 5021
Monday, 19 January 2015
MAJLIS TAUTAN KASIH TAHUN 6 2015
Pada 17 Januari 2015 - Satu Majlis Tautan kasih telah diadakan di Dewan SK Kuala kubu bharu satu untuk perbincangan bersama Ibubapa Tahun 6 bagi meningkatkan pencapaian UPSR SK kuala kubu bharu satu pada tahun ini.Semoga UPSR tahun 2015 akan mencapai keputusan yang cemerlang.
BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015
Salam sejahtera semua..
banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2015 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah .
Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...
Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..
Sunday, 11 January 2015
Hari Orientasi tahun 1 dan pra sekolah 2015
Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaa transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi tersebut. Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.
Sementara murid-murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar ucapan Guru Besar dan beberapa taklimat di Dewan ibnu sina berkenaan dengan isiplin Murid yang disampaikan oleh Puan Nor ashikin bt md adnan, .
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung

Subscribe to:
Posts (Atom)