Kumpulan Boria SK KKB Satu mula ditubuhkan rentetan daripada
Program Pertandingan KESEJADAH (KesenianJauhiDadah ).Program Pertandingan
KESEJADAH ini merupakan salah satu
program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri mahu pun kebangsaan
dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap keburukan dan
bahaya penyalahgunaan dadah serta gejala sosial yang lainnya.Program ini juga bertujuan
untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti – aktiviti persembahan
karya kreatif murid- murid di samping elemen- elemen lain seperti motivasi dan aktiviti-
aktiviti interaktif di tapak – tapak pameran dan sebagainya.Disampingitu , ia juga
bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.